Umum tahu, sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan, kerajaan terdahulu pernah meluahkan hasrat dalam mengusahakan projek kereta nasional ketiga yang bakal disertakan dengan teknologi terbaharu dan inovatif.

Projek kereta nasional ini walau bagaimanapun telah menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai. Tidak kurang juga mereka yang menyokong melihatkan masa depan industri automotif yang menggunakan tenaga elektrik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
doc74fym11z9xkrwc8rf2p
Sumber: The Star

Hampir setahun tanpa sebarang perkembangan terbaharu, YB Khairy Jamaluddin yang kini merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tampil untuk menjawab isu projek kereta nasional ketiga sewaktu sidang dialog umum berkaitan Persekitaran Teknologi pada 19 Ogos lalu.

Menurut beliau, sepanjang beliau menjawat jawatan terbaharu ini, projek kereta nasional ketiga tidak pernah dibincangkan sama sekali. Beliau juga berpendapat adalah satu kerugian sekiranya projek tersebut dihasilkan menggunakan teknologi ICE (enjin pembakaran dalaman seperti diesel, petrol atau gas).

kereta-nasional-ketiga-04

“Projek syarikat kereta nasional sudah lama terlepas gerabak”, tambah beliau. Sudah agak terlambat jika Malaysia mahu sekali lagi tampil dengan kereta Nasional.

Dalam pada itu, YB Khairy bersetuju sekiranya bantuan dan dana diberikan kepada syarikat yang mahu menghasilkan teknologi kereta elektrik (EV) meskipun agak sangsi sama ada projek yang dibangunkan mampu tampil kompetitif mahupun tidak. Anda boleh tonton rakaman dialog umum ini dengan klik di sini.

Kami info beberapa info lanjut mengenai projek kereta nasional ketiga yang pernah diusahakan pada tahun lalu.

DreamEDGE Dan Daihatsu Motors Dipilih Untuk Bekerjasama Dengan Syarikat Kereta Nasional Ketiga

Rekaan Teaser Model Prototaip Kereta Nasional Ketiga Didedahkan

 

Sumber