Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin bakal menempa nama apabila beliau akan menjadi menteri sukan pertama di Malaysia yang layak untuk bertanding di acara sukan SEA bulan hadapan.

Semalam, Majlis Olimpik Malaysia mengesahkan Khairy antara 871 atlet yang akan bertanding di acara Sukan SEA yang bermula 19 Ogos hingga 30 Ogos ini. Khairy Jamaluddin akan bertanding dalam acara polo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Setiap rakyat Malaysia yang layak boleh mewakili Malaysia di Sukan SEA dan perkara ini tidak terkecuali untuk Menteri Belia dan Sukan. Khairy luangkan masa untuk berlatih dan hadir ketika sesi pemilihan dan beliau terpilih,” kata presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga terpilih untuk sukan SEA dan akan mengambil bahagian dalam acara endurance. Tahniah dan selamat berjuang di Sukan SEA nanti Khairy Jamaluddin, Sultan Mizan dan semua atlet yang terpilih!

Sumber