Sehingga ke hari ini, pengguna Malaysia masih perlu membayar harga yang agak tinggi untuk menikmati pelan internet yang baik. Untuk individu yang berpendapatan rendah, mereka sudah pasti merasa terbeban dengan kos internet tersebut.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi untuk menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Tech Times

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengatakan ramai golongan muda mengharapkan harga internet dan talian yang lebih murah. Rentetan itu, beliau meminta pihak terlibat untuk mengkaji apa usaha yang boleh dilakukan berkenaan isu tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa sedang meneliti langkah terbaik yang boleh dilakukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta mengatasi isu liputan rangkaian 4G dan 5G yang dihadapi di sesetengah kawasan di negara ini.