Beberapa hari sebelum tahun baharu menginjak, sebuah gerai roti canai terkenal di Pulau Pinang menjadi bualan netizen apabila didakwa menyediakan roti canai dengan cara yang kotor.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan gerai terbabit ditutup selama 14 hari kerana tidak menepati piawaian kebersihan, lapor Sinar Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada masa sama, gerai roti canai warisan dan kedai minuman itu turut dikompaun RM500 kerana tidak menyediakan persekitaran yang bersih kepada pelanggan ketika diperiksa.

Penutupan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi membolehkan pengusaha pemilik gerai melakukan kerja-kerja pembersihan.

Sementara itu, pemilik gerai terbabit, Shahjahan Abdul Hamid berkata, pihaknya akur dengan arahan berkenaan dan memohon maaf kepada pelanggan.

“Tempoh yang diberi itu akan digunakan sebaiknya bagi membersihkan gerai ini,” katanya ringkas.

Difahamkan pemeriksaan itu dilakukan susulan tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan pekerja gerai meletakkan telur yang akan digunakan bagi penyediaan perniagaan mereka ke dalam bakul secara kasar hingga menyebabkan beberapa telur pecah namun tidak dipedulikan sebelum sambung menebar roti.

Sumber