Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyuarakan kebimbangan dengan Kluster Sivagangga di Kedah berkemungkinan merupakan super spreader, lapor Astro Awani.

Walaubagaimanapun, Datuk Dr Noor Hisham berkata bahawa kajian lebih teliti perlu dilakukan memandangkan kluster tersebut merebak dengan sangat cepat berbanding sembilan kluster aktif yang lain.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

“Yang kita lihat sekarang kluster PUI Sivagangga, kluster ini merebak dengan cepat dibandingkan sembilan kluster di Sarawak dan sebagainya.

“Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi satu kluster iaitu Genom 614, iaitu kluster super spreader.

Super spreader ini telah dimaklumkan kepada kementerian iaitu dari Mesir, dan juga Pakistan. Besar kemungkinan ini mungkin adalah satu kluster super spreader tetapi kita kena laksanakan ujian teliti,” katanya.

Terdahulu, kedai makan di Napoh, Jitra di Kedah yang menjadi lokasi bermulanya penularan Kluster Sivagangga dilaporkan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera dan tidak merekodkan kehadiran serta suhu badan pelanggan yang berkunjung ke premis berkenaan.

Ia sekali gus memberi cabaran kepada petugas di Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri dalam menjalankan sepenuhnya aktiviti pengesanan kontak rapat.

Terdahulu, restoran yang terletak di Kedah ini dilaporkan gagal merekodkan butiran pelanggan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Kluster Sivagangga’, Restoran Di Kedah Ini Dilaporkan Tidak Merekod Butiran Pelanggan

Anda Mungkin Suka