Sejak pandemik COVID-19 menyerang dunia, dapat dilihat pelbagai teori yang fakta mahupun auta dikeluarkan oleh orang ramai. Lebih serius, terdapat golongan yang mempercayai bahawa wabak COVID-19 hanyalah ‘mitos’ atau hoax semata-mata.

Tidak hanya percaya pada wabak, golongan yang terdiri daripada antivaksin ini juga turut berteori mengenai vaksin yang diperkenalkan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

154102126_3794973393916047_4735333935234968572_n
Antara komen yang menjadi perbincangan hangat golongan antivaksin. Sumber: Facebook Fadzly Arif
Screen Shot 2021-03-03 at 10.57.21 AM
Sumber: Facebook Fadzly Arif

Teori yang dianggap mengarut ini turut dipercayai ramai sehinggakan turut mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini apabila mepertikaikan prosedur penyuntikan vaksin pada Perdana Menteri baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, KKM pada hari ini telah mengeluarkan sebuah video menampilkan seorang doktor bagi menjelaskan dengan lebih lanjut mengapa jarum dengan warna yang berbeza digunakan bagi menyuntik Perdana Menteri.

Menurut penjelasan doktor Fakhrul Radzi yang berkhidmat sebagai doktor perubatan di jabatan pembedahan, pertukaran jarum biru kepada merah sewaktu suntikan dibuat bertujuan untuk memastikan proses penyuntikan berjalan dengan lancar.

Screen Shot 2021-03-03 at 10.46.46 AM
Sumber: YouTube Kementerian Kesihatan Malaysia

Pada awalnya, para penyuntik akan menggunakan jarum yang lebih besar untuk menyedut vaksin daripada botol vaksin denga lebih mudah. Selesai proses sedutan dibuat, jarum tersebut akan dibuang bagi mengelakkan jarum tersebut yang tumpul dicucuk pada penerima vaksin.

Seterusnya, jarum dengan lubang yang lebih kecil akan digunakan bagi menyuntik penerima vaksin. Pemilihan jarum dengan lubang yang lebih kecil ini dibuat bagi memastikan proses suntikan yang dibuat tidak menyakiti penerima vaksin. Selain itu, soal kebersihan dan tekanan dalam jarum antara yang diutamakan.

Menerusi penjelasan yang dibuat, diharap orang ramai khusus golongan teori konspirasi atau antivaksin tidak lagi beranggapan proses suntikan yang dibuat hanyalah ‘wayang’ semata-mata seperti yang didakwa pihak mereka. Anda boleh tonton video di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut penjelasan yang dibuat oleh doktor di bawah KKM ini.

Ketahui lebih lanjut dengan telatah golongan antivaksin yang ‘tidak senang’ dengan prosedur menyuntik vaksin COVID-19 pada Perdana Menteri minggu lalu.

‘Ini Semua Wayang Sahaja’- Golongan Antivaksin Tidak Percaya Perdana Menteri Terima Suntikan Vaksin

Gara-Gara Mahu Wajibkan Penumpang Ambil Vaksin, Qantas Airways ‘Diserang’ Golongan Antivaksin