Penyebaran berita palsu ataupun maklumat yang tidak sahih terutama di waktu negara sedang menghadapi krisis seperti penularan wabak novel Coronavirus adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh sesiapa saja.

Maklumat yang ingin dikongsi perlulah disemak kesahihannya terlebih dahulu bagi mengelakkan panik dan kebimbangan yang tidak berasas berhubung perkara tersebut.

Dengan pergerakan maklumat dan informasi yang dapat diakses di hujung jari, sudah pasti setiap dari kita akan mempunyai sedikit kesukaran untuk menentukan sama ada berita tersebut benar ataupun tidak.

Tidak mahu penyebaran berita palsu terus berlanjutan, Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini tampil memberikan senarai berita palsu yang telah disebarkan oleh masyarakat sejak tercetusnya wabak novel Coronavirus baru-baru ini.

ncov1
Senarai berita palsu yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia

Notis tersebut juga memberitahu segala kenyataan rasmi mengenai virus itu hanya dikeluarkan pihak mereka dari semasa ke semasa.

ncov2Walaupun sudah bebapa kali pihak berkuasa memberi peringatan supaya tidak menyebarkan berita yang tidak sahih dan tepat, namun masih ada yang berdegil menyebarkan perkara tersebut.

Terbaru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) hari ini mengeluarkan kenyataan seorang lelaki berusia 34 tahun telahpun ditahan pihak kerana disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak Novel Coronavirus.

Selain lelaki tersebut yang ditahan di rumahnya di Bangi, Selangor pada semalam, portal Malaysiakini turut melaporkan empat akaun Facebook dan satu grup Whatsapp juga akan disiasat kerana turut menyebarkan berita palsu.

Grup Whatsapp itu sebelum ini dikatakan ada menyebarkan berita palsu bahawa kononnya ada kematian mengejut yang berlaku di Penjara Sandakan yang berpunca dari virus tersebut.

Kami juga pernah kongsikan beberapa penulisan mengenai wabak novel Coronavirus yang dilaporkan berpunca dari Wuhan, China ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

WHO Akui Silap Buat Penilaian, Risiko Jangkitan Coronavirus Sebenarnya Berada Di Tahap Merbahaya

Elak Penyebaran Wabak Coronavirus, Masjid Putra Ditutup Buat Pengunjung Bukan Islam

Saintis Pernah Beri Amaran Pada China Sejak 2017 Lagi Bahawa Sesuatu Yang Buruk Akan Berlaku

Sumber