Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam menyatakan bahawa pihaknya telah mengenal pasti strain baru COVID-19 di negara ini melalui sampel yang diambil dari Sabah, lapor Malay Mail.

Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bahawa masih belum diketahui apakah mutasi yang diberi nama “A701B” lebih mudah menular daripada biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ia serupa dengan strain yang terdapat di Afrika Selatan, Australia dan Belanda,” katanya pada sidang akhbar harian.

“Wabak COVID-19 selalu bermutasi, dan kami selalu memantau dan meneliti implikasi strain yang berbeza terhadap populasi.”

Dia menambah, “Kami mengesan mutasi ini dalam 60 sampel yang diambil dari pesakit COVID-19 di bawah Kluster Benteng Lahad Datu di Sabah.

“Kami masih belum memastikan apakah strain ini mempunyai tahap infektiviti yang tinggi dan apakah ia lebih agresif daripada biasa.”

Beliau menambah bahawa KKM sebelum ini menemui mutasi yang dikatakan mempunyai 10 kali lebih banyak infektiviti daripada strain biasa, lapor Straits Times.

Mutasi D614G ini pernah melanda Kedah sekitar bulan Ogos, dan menyaksikan peningkatan kes jangkitan.

Mengenai mutasi COVID-19 yang terdapat di United Kingdom, yang juga dikatakan sangat cepat menular, dia mengatakan kementerian sedang memantau keadaan terbabit.

Beliau juga berkata bahawa tempoh kuarantin wajib 10 hari dan 14 hari ke atas pelawat asing dari United Kingdom tidak mempunyai perbezaan.

“Ini kerana kebanyakan kes yang dijangkiti virus mempunyai gejala atau boleh dikesan pada minggu pertama malah jika menggunakan kaedah tujuh hari kuarantin, risiko lebih tinggi.

“Maka, kita ambil 10 hari dan melihat kepada kajian, tempoh 10 hari dan 14 hari adalah lebih kurang sama,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, mutasi baharu COVID-19 di UK telah mencetuskan panik buat negara luar. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mutasi Baharu COVID-19 Cetus Panik, Negara Luar Mula Sekat Pelawat Dari UK

Mutasi Baharu COVID-19 Dilaporkan Mudah Berjangkit, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Saintis Dapati Wabak Coronavirus Telah Bermutasi Menjadi Lebih Agresif