Sejak beberapa hari kebelakangan ini kebimbangan dan kegusaran orang ramai mula meningkat kembali dengan berlakunya peningkatan kes COVID-19 dalam negara.

Bukan sahaja keadaan semasa di Sabah yang kini sedang berada dalam keadaan getir namun keadaan di ibu kota dan kawasan sekitar juga menimbulkan kerisauan selepas beberapa tempat dilaporkan mencatatkan kembali kes positif COVID-19.

Terbaru, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada semalam memaklumkan mereka telah mengenal pasti satu kluster terbaru di Selangor yang dikenali sebagai Kluster Jalan Apas.

120250918_3696536890370172_8579707974448898123_o

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, kes indeks bagi kluster iaitu kes ke-10782 dan kes ke10783 merupakan pasangan suami isteri warganegara Malaysia.

“Mereka kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 24 September 2020, didapati positif COVID-19 pada 26 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Hasil saringan kontak rapat mendapati 6 lagi kes positif COVID-19 pada 27 September 2020. Sehingga kini, seramai 66 individu telah disaring,” maklum beliau.

Baca juga perkembangan semasa mengenai COVID-19 dalam negara melalui pautan di bawah.

Tiga Pusat Beli Belah Di Kuala Lumpur Beri ‘Amaran’ Kepada Pengunjung Selepas Catat Kes COVID-19

MySejahtera Jadi Pertikaian Netizen Disaat Kes COVID-19 Dalam Negara Kembali Meningkat

14 Lokasi Di Langkawi Disahkan Telah Dilawati Individu Positif COVID-19

 

Sumber