Angka pesakit yang dijangkiti wabak yang berasal dari Wuhan, China terus meningkat dengan 106,444 orang di 102 negara. Manakala angka kematian pula telah menjengah ke sekitar 3,594 di seluruh dunia.

Bagi Malaysia pula, situasi masih lagi terkawal walaupun kelihatan di mana angka membabitkan pesakit yang berjangkit terus meningkat. Dengan kematian masih belum dicatatkan, Malaysia telah berjaya menyembuhkan 24 orang pesakit COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerja dari hari pertama wabak ini menjengah negara sehinggalah sekarang. Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak KKM bagi memastikan Malaysia tidak menerima kesan yang terlalu besar seperti China, Itali dan Korea Selatan.

KKM turut melancarkan satu laman sesawang bagi membantu rakyat Malaysia yang tidak sempat ke hospital untuk memeriksa keadaan kesihatan mereka secara atas talian.

Pengunjung kepada laman sesawang ini akan disediakan dengan beberapa soalan bagi membantu sistem memastikan bahawa keputusan yang dikeluarkan nanti adalah tepat.

Screenshot 2020-03-09 at 10.11.34 AM

Platform ini disediakan dengan kerjasama DoctorOnCall untuk menyebarkan informasi yang berkaitan dengan coronavirus. Selain itu, KKM boleh memberi nasihat tele-kesihatan kepada pesakit COVID-19.

Bagi anda yang baru pulang dari negara yang berisiko dan mempunyai beberapa tanda seperti kesukaran bernafas dan demam melebihi suhu yang ditetapkan. Boleh terus ke laman sesawang  di doctoroncall.com untuk mendapat nasihat lebih terperinci atau terus berjumpa pakar di mana-mana hospital berkenaan.

Baca cerita lain mengenai coronavirus yang perlu anda tahu, klik pautan di bawah.

Dalam Pada Ketakutan Pakar, Lebih 50,000 Pesakit COVID-19 Berjaya Dipulihkan

Dakwaan Ikan Singgang Sembuhkan Covid-19, Ini Penjelasan Sebenar Pensyarah UMT

Kim Jong-un Hantar Surat Untuk Hiburkan Rakyat Korea Selatan Yang Diserang COVID-19

Anda Mungkin Suka