Sudah menjadi satu kebiasaan buat ibu bapa hari ini memberikan gajet kepada anak-anak kecil supaya tidak membuat bising. Walaupun praktis ini lebih mudah, ia bukanlah jalan penyelesaian yang sewajarnya.
Kementerian Kesihatan Malaysia kini hadir dengan infografik ringkas yang mana menasihatkan ibu bapa supaya memastikan tiada langsung pendedahan gajet pada anak-anak yang berusia di bawah dua tahun.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
Hal ini kerana ketagihan gajet boleh berlaku seawal tiga tahun yang mana akan membawa beberapa kesan sewaktu pembesaran nanti. Ini termasuklah mendorong anak-anak untuk tidak meminati aktiviti lain, lambat bercakap, kurang berinteraksi dan mudah meragam atau tantrum jika tidak diberikan gajet.
Lanjutan daripada itu, KKM menasihatkan supaya mengehadkan masa penggunaan sekitar sejam sahaja dalam sehari untuk anak-anak berusia dua hingga lima tahun. Anak-anak pula digalakkan untuk melebihkan aktiviti bermain di luar