Sejak dilanda pandemik pada awal tahun ini, Malaysia telah merekodkan lebih 8,000 kes COVID-19 yang telah sembuh dan berjaya mencatatkan hanya 121 kematian. Sejak itu, Malaysia telah diiktiraf sebagai salah satu negara terbaik yang berjaya menangani wabak COVID-19.

Dengan kadar pemulihan berada pada tahap 97.78% dan kadar kematian pada 1.4%, Malaysia telah berjaya duduk sama tinggi dengan beberapa negara maju lain dalam perang menentang wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk rekod, sehingga 6 Julai, Malaysia hanya merekodkan 0.82% daripada jumlah kes yang masih aktif.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meramalkan sifar kes COVID-19 pada pertengahan Julai. Namun Malaysia hanya akan diisytiharkan bebas COVID-19 apabila tiada kes jangkitan baru selama 28 hari berturut-turut, lapor Astro Awani.

Malaysia sedang berusaha ke arah yang lebih baik dalam menangani wabak ini. Tanggungjawab ini tidak hanya jatuh kepada KKM dan barisan hadapan. Sebagai masyarakat, kita juga perlu memainkan peranan yang sama bagi membantu Malaysia pulih seperti sedia kala.

Malaysia kini mencatatkan 8,668 kes termasuk 8,476 pemulihan dan 121 kematian pada masa penulisan.

Terbaharu, China melaporkan terdapat satu wabak selesema baru yang berpotensi menjadi pandemik. Klik pautan di bawah untuk membaca.

G4 Dikesan Di China, Wabak Selsema Babi Jenis Baru Yang Berpotensi Jadi Pandemik