Buat ibu bapa yang ingin luangkan masa bersama anak-anak anda tetapi tidak ingin bercuti jauh, apa kata singgah ke KL Bird Park. Anda yang berada di ibu kota bolehlah ke KL Bird Park untuk melihat pelbagai jenis burung yang ada kerana lokasinya hanya 10 minit dari bandar.

Untuk pengetahuan anda, KL Bird Park telah tawarkan promosi tiket masuk RM6 untuk kanak-kanak dan RM16 untuk dewasa. Pastinya promosi ini berbaloi untuk anda grab kerana bukan selalu promosi ini ditawarkan.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

FB_IMG_1593136066239

FB_IMG_1593136061018

Harga tiket sepanjang tempoh promosi ini hanya boleh didapati sehingga 31 Julai 2020 ini sahaja! Waktu beroperasi pula setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang.

Tidak rugi jika anda ke sini kerana bukan sahaja dapat beriadah kerana kawasannya yang luas tetapi dapat juga menghirup udara segar dan bermesra dengan burung.

Difahamkan terdapat lebih dari 3000 burung dari kira-kira 200 spesies yang berbeza. Tunggu apa lagi? Ayuh ke KL Bird Park.

Sementara itu, KL Hop-On Hop-Off pula tawar tiket percuma. Bolehlah lepas ke KL Bird Park, ronda-ronda Kuala Lumpur naik bas pula. 

KL Hop-On Hop-Off Kembali Tawarkan Tiket Secara Percuma Sehingga 30 Jun 2020

5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

Anda Mungkin Suka