Buat peminat siri KL Gangster, Skop Production dengan kerjasama iFlix hadir dengan drama aksi bersiri, KL Gangster: Underworld yang membariskan pelakon-pelakon ternama tanah air antaranya Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Azhan Rani, Nabila Huda Hasnul Rahmat, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan dan Daniella Sya.

Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof dan Syamin Yusof bertindak selaku producer untuk siri ini dan KL Ganster Underworld (KLGU) adalah di bawah arahan pengarah dari Singapura, Faisal Ishak.

“Bukan senang untuk ayah saya mempercayai orang luar daripada keluarganya untuk mengarah drama atau filem Skop Production tetapi saya berjaya yakinkan beliau Faisal Ishak dapat mengarah siri ini dengan lebih baik,” kata Syafiq Yusof.

“Siri ini berbeza daripada karya KL Gangster versi Skop Production sebelu ini kerana ada babak-babak yang lebih ganas serta real. yang anda dapat lihat di sepanjang siri ini. Bahasa pun kami tidak tapis supaya feelnya jadi lebih,” tambah Syafiq.

Kami berkesempatan untuk menonton episod pertama filem ini semalam dan apa yang kami dapat kata, ini bukan siri drama gangster murahan dan main-main. Sangat berkualiti! Gabung pula Beto Kusyairi, Zahiril Adzim dan pelakon ternama tanah air, apa yang anda akan dapat? Semestinya kepuasan menonton filem gangster yang maksima.

Kami yakin, watak Tauke yang dibawa oleh Azhan Rani akan tersemat di dalam hati penonton. KLGU akan disiarkan secara percuma di kesemua platform digital iFlixFREE bermula 16 Ogos 2018 pada jam 6 petang. Jadi anda peminat setia KL Gangster, jangan lupa untuk tonton KLGU di iFlix. Memang real bila Ustaz Madi jadi ketua gangster.