Kuala Lumpur merupakan ibu kota utama di Malaysia, dan ini sebabnya kenapa destinasi ini paling ramai dikunjungi pelancong terutama dari luar negara.

Sinonim sebagai lambang kemegahan Malaysia, Menara Kuala Lumpur (KL Tower) sudah semestinya menjadi penanda arah bagi pelancong yang datang ke sini. Bak kata pepatah, tidak lengkap percutian mereka ke Malaysia jika tidak berkunjung ke Menara Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sepanjang tahun 2016, Menara Kuala Lumpur mencatatkan kira-kira 850,000 pengunjung. Rekod ini melebihi target yang disasarkan, sekaligus menjadikan ia sebagai destinasi paling ramai dikunjugi di Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, 60 peratus daripada pengunjung adalah pelancong luar negara manakala selebihnya adalah daripada pelancong tempatan. Antara faktor penyumbang adalah tarikan terbaharu Sky Box, Bilik Kaca Sky Deck dan rumah terbalik yang diperkenalkan pada tahun ini.

Sky Box

Sky Box antara yang kami kira sangat seronok, buat anda yang belum pernah mencuba memang sangat disyorkan! Sila pergi.

Sumber
  • bernama