Nama Neelofa tidak perlu diperkenalkan lagi dan rata-rata rakyat Malaysia mengenali beliau. Tidak hanya berjaya dalam kerjaya yang diceburi, beliau juga merupakan usahawan yang berjaya.

Fesyen yang digayakan oleh Neelofa sering menjadi perhatian orang ramai kerana sentiasa tampil bergaya dan yakin dengan apa yang ditonjolkan. Pastinya ramai akan membeli barangan yang digayakan olehnya untuk kelihatan seperti Neelofa.

Terbaharu, Neelofa telah bekerjasama sekali lagi dengan jenama terkemuka antarabangsa, Sometime by Asian Designers tampil dengan koleksi Lofarclutch. Tidak hanya menggunakan bahan yang premium tetapi rekaan bersama ini cukup sesuai digayakan untuk anda ke mana-mana majlis, percutian atau ke tempat kerja. Memang style!

Neelofa with Lofarclutch in Baby Blue

Lofarclutch in Olive

Difahamkan, koleksi ini tampil dengan 8 pilihan warna iaitu hitam, baby blue, navy, olive dan banyak lagi. Menariknya, beg ini tampil dengan rekaan yang kemas dan menggunakan magnet berwarna emas pada bahagian penutup menjadikan ia tampak eksklusif dan mewah.

Harga untuk koleksi ini adalah RM259 dan untuk kelihatan lebih eksklusif, anda boleh ‘personalize’ nama anda pada beg tersebut dengan hanya tambah RM29 sahaja. Anda boleh beli secara atas talian di sini atau di bilik pameran Sometime by Asian Designers di The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Interior of Lofarclutch in Fawn

Close up of the Lofarclutch new features, knotted and flexible strap

Gayakan Lofarclutch bersama koleksi Neelofar mesti buat anda kelihatan bergaya. Klik pautan di bawah untuk ketahui tentang koleksi Neelofar.

Starbucks Malaysia Lancar Koleksi Selendang Edisi Khas Bersama Naelofar

Neelofa Berkolaborasi Bersama Chatime Perkenalkan Aiskrim Teh Boba