Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah kendalian Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada tahu ini berjaya merangkul Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018 bagi kategori keseluruhan.

Syarikat penerbangan itu juga turut memperoleh kejayaan dalam kategori ‘Lebih 20 Juta Penumpang’ yang menewaskan 5 lagi lapangan terbang lain di rantau Asia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejayaan yang diperoleh oleh syarikat tersebut diadili oleh barisan komuniti perancangan rangkaian syarikat penerbangan yang dikenali dalam pengiktirafan kecemerlangan industri penerbangan. Kemenangan tersebut secara automatiknya menyenaraikan KLIA dalam Anugerah Pemasaran Laluan Dunia yang akan diadakan di Guangzhou pada bulan September nanti.

klia-check-in-counters-area

Berbekalkan kejayaan tersebut, Malaysia Airport akan mengadakan beberapa strategi pemasaran untuk mempromosikan KLIA sebagai hab yang berkembang pesat ke Eropah, ASEAN, Asia Selatan, India dan China. Tahniah diucapkan buat seluruh barisan staf KLIA diatas anugerah yang diperoleh.