Nampaknya sebuah suasana baru bakal anda terima sebaik sahaja memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan KLIA2 apabila pihak MHAB telah mengesahkan kedua-dua lapangan terbang ini di dalam kempen Silent Airport bermula Disember ini.

Melalui kempen yang dijalankan para penumpang diminta untuk merujuk kepada papan informasi digital yang tersedia di lapangan terbang. Untuk pengetahuan anda Kempen Silent Airport merupakan sebuah inisiatif baru pihak dalam menawarkan pengalaman berada di lapangan terbang dengan lebih kondusif dengan pengurangan pencemaran bunyi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini, lapangan terbang di London, Cape Town dan Helsinki antara yang turut bersama di dalam Kempen Silent Airport. Buat anda yang bakal berlepas di KLIA atau KLIA 2, diharap anda lebih berhati-hati dan cakna mengenai info penerbangan anda agar mengelakkan daripada sebarang isu terlepas penerbangan.

Sumber