Ini merupakan berita kurang baik buat negara kita apabila kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini semakin jauh ketinggalan sejak tahun 2013. Baru-baru ini, dalam laporan Skytrax World Airport Awards 2019 meletakkan KLIA pada kedudukan ke-54, berbanding tempat ke-2 pada 2001.

Kejatuhan kedudukan ini sebenarnya sedikit sebanyak akan mempengaruhi sektor perlancongan di negara kita. Banyak perkara yang harus diperbaiki dan diperbaharui di KLIA untuk kita kekal bersaing dengan lapangan terbang negara lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak Malaysia Airport mungkin patut menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura sebagai contoh kerana dekorasi dan kemudahan yang disediakan di lapangan terbang tersebut memiliki kelas yang tersendiri. Untuk pengetahuan anda, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi masih mengekalkan kedudukan tempat pertamanya selama 6 kali.

Melalui laporan tersebut, Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo Haneda menduduki kedudukan kedua, diikuti dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di kedudukan ketiga. Diharap KLIA mampu bangkit dari kedudukan sekarang dan berada di kedudukan teratas seperti sebelum ini dan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita.