Mula diperkenalkan dibawah kepimpinanDato’ Sri Najib Razak, klinik yang berjaya menawarkan kemudahan buat orang ramai ini mendapatkan pemeriksaan kesihatan bakal dijenamakan semula kepada klinik komuniti.

Berdasarkan laporan daripada YB Menteri Kesihatan, penjenamaan semula kepada klinik komuniti ini seiring dengan penaik taraf beberapa klinik komuniti kepada klinik kesihatan. Selain itu, pihak kerajaan turut menjanjikan lebih banyak pegawai perubatan dan pegawai farmasi ke klinik komuniti secara berperingkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan penularan gambar notis penutupan klinik 1Malaysia baru-baru ini di Lembah Klang, pihak KKM telah memaklumkan bawa sehingga kini pihak mereka masih belum memuktamadkan lagi atau mengeluarkan arahan penutupan klinik tersebut. Berikut merupakan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak KKM.