Sekiranya anda masih ingat, sekitar dua tahun lalu tular sebuah video seorang jurukamera TV3, Haji Abd Aziz Abdullah terjatuh daripada bot ketika membuat tinjauan banjir di Kampung Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu.
Insiden tersebut yang disertakan dengan reaksi wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah yang terkejut dan bercakap dalam loghat Terengganu membuatkan video tersebut unik sekaligus menjadi tontonan netizen berulang kali. Tidak kurang juga, para netizen yang turut menghasilkan parodi.
Terbaharu, video yang masih segar dalam ingatan netizen ini sekali lagi dijadikan parodi. Namun, apa yang membuatkan parodi pada kali ini lebih menarik adalah ia dihasilkan oleh seorang Mat Salleh.

Gayanya yang bersahaja dan lucu sekaligus menarik perhatian wartawan Mohd Ishak Abdillah untuk berkongsi di laman Twitter beliau.
Mat Salleh nak kene ni buat parody Abe ajis jatu bok!!!
Pepun, parody2 ni akan mengingatkan saya kepada abe ajis (Hj.Aziz Abdullah) yang akan bersara pd 18 Jun ini slps 26 tahun berkhidmat dgn TV3. hampir 11 thn saya bekerja dengan abg ajis di Ganu. Lepas ni siapa penggantinya… pic.twitter.com/Okmaz6jjqs— Mohd Ishak Abdillah Ngah (@ShaqNewsMPB) June 2, 2021
Menerusi perkongsian beliau di Twitter, para netizen nampaknya terhibur dengan parodi yang dibuat. Selain itu, para netizen juga turut mengucapkan selamat bersara buat jurukamera TV3, Haji Aziz Abdullah yang bakal bersara 18 Jun ini selepas 26 tahun berkhidmat.
HAHAHAHA https://t.co/D4nEmDxVV4
— #SaveSheikhJarrah (Pak Abu) (@HisyamAzizi) June 3, 2021
This was epic 😂 https://t.co/Ig8zGCkyWn
— Noorsyafiq Aziz (@Roonqifays) June 3, 2021
Selamat bersara Abe Azihh. Terima kasih atas khidmat dalam penyampaian berita dan informasi kepada kami. https://t.co/rKawkCicf6
— Apilah ✨🌙 (@HazieqApilah) June 3, 2021
abg azih nak buat kemunculan terkahir 18 jun ni. nnt dia kasi upload mugshot beliau.
— Mohd Ishak Abdillah Ngah (@ShaqNewsMPB) June 3, 2021
Sementara itu, terdapat pengguna Twitter yang mahu melihat wajah ‘Abang Azih’ selepas video tersebut tular. Menurut Mohd Ishak, beliau dilaporkan bakal membuat kemunculan pada hari persaraan beliau iaitu pada 18 Jun ini.
Selamat bersara kami ucapkan buat Haji Aziz Abdullah atas khidmat beliau sepanjang karier. Pastinya peristiwa jatuh bot di Setiu, Terengganu ini akan diingati beliau dan orang ramai untuk tempoh yang panjang.
Tular pada minggu ini apabila Hafizh Syahrin meluahkan rasa kecewa beliau terhadap pihak Imigresen Malaysia selepas gagal membawa isteri beliau ke Eropah bagi menyertai perlumbaan.
Gagal Bawa Isteri Ke Eropah, Hafizh Syahrin Luah Rasa Kecewa Terhadap Imigresen Malaysia
Ribuan Pelarian Rohingya Merusuh, Tak Mahu Tinggal Di Kem Yang Sesak Seperti Setinggan