Astroworld Festival sentiasa dinantikan oleh peminat setia Travis Scott dan konsert yang berlangsung Sabtu lalu dilaporkan dihadiri lebih 50,000 orang. Namun, konsert tersebut bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya lapan orang maut dan yang lain cedera setelah dihempap oleh orang ramai.

Difahamkan bahawa mangsa yang dihempap berusia di antara 14 tahun, 16 tahun, 21 tahun (2 orang), 23 tahun (2 orang), 27 tahun dan seorang mangsa masih tidak diketahui. Manakala 25 orang telah dihantar ke hospital dan di antara mereka, 13 masih berada di hospital, lapor Datuk Bandar Houston Sylvester Turner dalam sidang akhbar petang Sabtu.

https://www.youtube.com/watch?v=s2WJBw9ihT8

Peminat mula beranggapan tragedi seperti itu dapat dielakkan sekiranya penganjur bertindak pantas dengan memberi rawatan segera kepada mereka yang tercedera.

Beberapa video daripada peminat yang merayu supaya konsert dihentikan untuk memberi peluang mangsa dirawat turut tular di mana laungan pertolongan mereka tidak diendahkan oleh staf dan Travis Scott sendiri.

Di TikTok, klip persembahan kumpulan Linkin Park pada tahun 2001 di London kembali tular kerana insiden yang hampir serupa di konsert Travis Scott berlaku di konsert mereka.

Dapat didengari Mike Shinoda mengarahkan rakan-rakannya yang lain untuk berhenti bermain untuk menyelamatkan peminat mereka yang terjatuh ke tanah. “Maaf semua. Bantu angkat dia. Keselamatan paling penting. Kita akan main semula lagu ini dari awal selepas ini. Jaga diri semua,” kata Mike Shinoda.

Rata-rata peminat mula membanjiri video asal klip tersebut di YouTube dan menulis pihak penganjur dan artis perlu menjadikan Linkin Park sebagai contoh yang baik dalam mengendalikan kemalangan dengan baik.

Antara komen baharu daripada peminat. (Kredit gambar: YOUTUBE)

Sepanjang aktif, Linkin Park adalah antara kumpulan yang tidak banyak dilanda kontroversi dan sudah beberapa kali memilih Malaysia untuk konsert World Tour mereka. Selepas kematian Chester Bennington pada tahun 2017, Mark Shinoda berkata Linkin Park masih belum ada perancangan untuk buat konsert tanpa Chester.

Namun mereka ada perancangan untuk menghasilkan lagu baharu tetapi masih dalam status ‘berehat’ sejak kematian Chester.

Artis tempatan ini berkata beliau mula jual karya seninya di NFT selepas mendapat dorongan daripada Mike Shinoda menjadi sebab . Baca lagi pada pautan di bawah.

Dengan Dorongan Mike Shinoda, Wanita Malaysia Ini Mula Menjual Karya Seninya Di NFT

Lihat Lagu ‘Numb’ Linkin Park Dimainkan Oleh 200 Pemuzik Dari Serata Dunia