Para pemuda ini adalah ahli kumpulan muzik alternatif OK Go yang sememangnya terkenal dengan keunikan dan kerumitan klip video muzik lagu-lagu mereka. Kekreatifan mereka itu telah melayakkan mereka menerima pelbagai anugerah video terbaik. Antaranya, “Video of the Year” dan “Best Rock Video” di UK Music Video Awards.

Baca: 14 Buah Produk Apple Digunakan Untuk Menghasilkan Kisah Cinta Ini

okgo

Terbaru, mereka telah merakam klip video muzik untuk lagu The Writing’s on the Wall selama 4-minit dalam satu single shot menggunakan kamera Panasonic Lumix DMC-GH4 yang dipasangkan pada rangka penstabilan Fig Rig. Jika sebelum ini mereka menggunakan drone, treadmill dan single-wheel-vehicle, kali ini mereka memanipulasi teknik ilusi optik yang dirakam secara live tanpa henti.

Baca: Motosikal Seperti Dalam Filem Fiksyen Di Jalanan

okgo-4

okgo-2

okgo-3

Tambah lebih menarik, jalan penceritaan klip video muzik ini dibuat berdasarkan lirik lagu tersebut yang mengisahkan seseorang sedar bahawa perhubungan yang dibina itu akan berakhir dan ia tidak dapat dielakkan. Teknik ilusi optik itu menggambarkan perbezaan perspektif dua orang di dalam satu perhubungan yang akhirnya mencetus huru-hara dan perpisahan.

Saksikan video penuh disini:

Baca: 30 Ilustrasi Imaginatif Dihasilkan Daripada Pelbagai Bahan Harian Ini Mengagumkan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram