Sejak Apple AirPods diperkenalkan, didapati jenama-jenama lain turut cuba untuk mengikuti trend yang sama, walaubagaimanapun tidak banyak jenama yang berjaya mengatasi Apple AirPods baik dari segi inovasi mahupun mencuri perhatian pengguna secara ramai.

Bersempena dengan acara teknologi CES 2019 yang bakal berlangsung pada bulan ini, Klipsch selaku jenama yang menjadi pilihan audiophile telah mengeluarkan sebuah model yang bakal mencabar Apple AirPods iaitu Klipsch T5 True Wireless Earbuds.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan rekaan dapat dilihat model ini turut menggunakan kapsul seperti AirPods namun rekaannya tampil lebih premium dengan penggunaan material besi. Menariknya, model ini bakal memberikan pengguna penguasaan bateri sehingga 24 jam.

Klipsch T5 True Wireless Earbuds bakal ditawarkan pada bulan Jun ini dengan harga sekitar $199 (RM818.21). Kami tidak pasti sejauh mana model yang ditawarkan dengan harga $40 (RM164.46) lebih tinggi ini bakal menandingi Apple AirPods.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.