October tahun lepas Vocket pergi acara SneakerLAH, acara untuk peminat kasut berkumpul dan jual kasut-kasut dalam koleksi mereka. Jadi sebagai permulaan tahun 2017 ini, KLKIX menganjurkan pula event untuk para sneakerheads yang akan berlangsung di The Bee, Publika.

Khabarnya ada 30 vendor yang akan menyajikan dan menjual kasut-kasut rare untuk anda beli. Pagi tadi baru keluar adidas Yeezy 350 V2 ‘Zebra’ yang harga market value-nya kini dalam RM6,000! Kalau anda nak lihat lebih dekat kasut ini, bolehlah join acara ini esok.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

WIP for swapmeet #klkix #klkixswapmeet2017 #freeformmy #atthebee #thebeemy

A post shared by klkix (@klkix) on

Dan kalau anda datang awal, anda berpeluang untuk join lucky draw jika anda beli merchandise acara KLKIX ini. Hadiah lucky draw kami pun belum tahu. Tapi mengenali team KLKIX ni, hadiah KLKIX mesti awesome punya. Esok kalau anda tak ada apa-apa acara, marilah terjah The Bee, Publika untuk acara KLKIX Swap Meet ini.

Acara begini jarang-jarang dianjurkan di Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang. Dekat bawah ini video KLKIX Swap Meet yang pernah berlangsung tahun 2013. Jumpa korang di sana! Tag kawan anda di ruangan komen ajak mereka meriahkan swap meet KLKIX ini esok.

Anda Mungkin Suka