Dalam memberi kemudahan kepada orang ramai, KLM bersama fungsi terbaru WhatsApp For Business kini membolehkan pengguna mendapatkan segala info mengenai penerbangan hanya melalui satu aplikasi permesejan. Melihatkan kepada fungsi terbaru WhatsApp ini, kemungkinan besar syarikat-syarikat lain mungkin akan mengikuti jejak langkah yang sama dalam memberikan kemudahan buat para pengguna.