Tahun 2019 hampir tiba melabuhkan tirainya dan pastinya ramai ibu bapa yang tidak tahu ingin bawa anak-anak mereka berhibur ke mana.

Kalau sebut bercuti pada hujung tahun, pasti ibu bapa runsing memikirkan harga yang mahal untuk ke destinasi-destinasi pelancongan. Mungkin juga ada yang sudah buat tempahan awal untuk ke destinasi pilihan.

Terbaharu, kami dapat berita luar biasa daripada Klook dan berita ini pasti akan membuatkan anda teruja. Sebelum itu, nak cerita sikit yang dengan Klook anda boleh beli tiket masuk ke tempat-tempat menarik, pengangkutan, wifi dan sebagainya.

Bukan sahaja anda dapat membeli tiket dengan harga yang berpatutan di Malaysia, tetapi juga di luar negara. Oleh itu, kami akan senaraikan beberapa contoh perkhidmatan yang anda boleh beli di Klook dengan harga yang murah dan menyenangkan hidup anda semudah ABC.

Sebenarnya di Malaysia terdapat pelbagai tempat menarik yang anda boleh kunjungi. Lagi-lagi waktu cuti sekolah ini, pasti ramai yang akan mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga.

Tidak dapat bercuti lama? Jangan risau, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk ke destinasi-destinasi ini dan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

1. Sunway Lagoon

pirate-s-revenge-3
Sumber: Sunway Lagoon

Sebut sahaja Sunway Lagoon pada anak-anak anda pasti mereka sudah melompat kegirangan. Mana tidaknya, Sunway Lagoon adalah taman tema air yang terbesar dan menarik. Terdapat 6 tema berbeza seperti Taman Air, Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, Taman Extreme, Scream Park & Nickelodeon Lost Lagoon iaitu taman pertama Nickelodeon bertema Asia.

SunwayLagoonWaterThemePark
Sumber: Klook

Anda dan anak-anak dapat berhibur dengan bermain air dan pelbagai tarikan lain seperti rumah hantu, roller coaster dan banyak lagi. Sunway Lagoon dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang .

2. Aquaria KLCC

5.-Tips-for-Visiting-Aquaria-KLCC-Kuala-Lumpur-and-Review-1024×768
Sumber: fatinday

Siapa di sini suka lihat hidupan laut? Jika anak-anak anda gemar melihat hidupan laut, anda boleh bawa ke Aquaria KLCC, salah satu aquarium terbesar di rantau Asia.

[KlookExclusive]CageRageExperiencebyAquariaKLCCinKualaLumpur
Sumber: Klook
Anda boleh merasai pengalaman berada dalam 90 meter dalam laut dan anak anda akan dapat belajar pengalaman berbeza mengenai hidupan laut. Anda tidak perlu beratur lag untuk membeli tiket, hanya gunakan e-tiket pada Klook dan masuk. Aquaria KLCC ini dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 8 malam.

3. Tiket KLIA Ekspress

1508835809_2d78042e_0_600
Sumber: Beetify

Lebih mudah dan menjimatkan apabila anda menggunakan pengangkutan awam. Bayangkan jika anda ingin ke luar negara dan tiada sesiapa untuk hantar anda ke lapangan terbang, pengangkutan awam adalah jalan penyelesaian yang terbaik.

KE-Interior-1024×768
Sumber: KLIA Ekspres

Maka, anda pasti memilih untuk gunakan KLIA Ekspress. Dengan menggunakan KLIA Ekspress, anda akan cepat sampai ke lapangan terbang dan tidak akan terlepas penerbangan anda. Mudah sahaja jika menggunakan Klook kerana anda boleh membeli tiket walaupun pada saat akhir. Malah, ia juga lebih murah dan anda hanya perlu scan e-tiket pada aplikasi Klook anda di pintu masuk.

Negara yang terdekat di Malaysia semestinya Singapura juga dapat menawarkan anda pelbagai tarikan yang menarik. Malah, Singapura merupakan antara destinasi pilihan untuk mereka short vacation.

Anda mungkin boleh ke dua tempat tarikan pelancong di Singapura ini dengan mudah. Anda pasti akan seronok dapat berkunjung ke sini.

1. Universal Studios Singapore

universal-studio-singapore_fed6c70ef27f1ad28285337f63dcc712f226acc2
Sumber: befreetour

Tidak sah jika ke Singapura tetapi tidak melawat ke Universal Studios Singapura yang pastinya akan memberikan anda satu pengalaman yang ‘awesome’ dan berbeza. Universal Studios Singapura merupakan tempat tarikan pelancong terkenal di Asia.

Anda perlu membawa keluarga anda ke sini dan kini lebih mudah kerana anda tidak perlu lagi beratur untuk membeli tiket masuk Universal Studios Singapura kerana anda boleh sahaja gunakan e-tiket dan scan untuk masuk terus.

universal-studios-singapore-04
Sumber: Hippo

Anda pasti akan terhibur dengan pelbagai tarikan dalam taman tema ini dan setiap tempat dalam Universal Studios Singapura memang ‘Instagramable’. Antara tarikan yang ada di sini adalah pelbagai permainan, pertunjukan Sesame Street, Madagascar Boogie! dan sebagainya. Jika anda ingin jimatkan masa menunggu, anda boleh beli tiket Pas Ekspres Universal.

2. Gardens by the Bay

GardensbytheBayTicketinSingapore(DirectEntry)
Sumber: Klook

Jika anda pencinta alam semulajadi, anda harus ke Gardens by the Bay! Jangan lepaskan peluang melihat keindahan dari ketinggian 35 meter hutan dan air terjun indoor di tengah-tengah Singapura.

Cloud_forest_Mountain_gardens_by_the_bay
Sumber: Nerd Nomad

Processed with VSCO with a6 preset

Lebih menarik, terdapat tarikan terbaharu sempena Hari Krismas yang bakal tiba iaitu Christmas Wonderland @ Gardens by the Bay sehingga 26 Disember 2019. Anda boleh buat pra-tempahan tiket anda awal dan mendapatkan diskaun serta hanya perlu scan baucer Klook pada pintu masuk dan anda boleh sambut Krismas dengan ‘style’.

Processed with VSCO with a6 preset

Selain itu, jika anda tunjukkan aplikasi Klook pada pembantu Santa di Carol-oke booth, anda berpeluang untuk nyanyikan lagu hits Chrismas. Jangan lupa merakamkan ia dan kongsikan di Facebook atau Instagram dengan hashtag #klookcaroloke serta berpeluang menangi kredit Klook untuk percutian akan datang.

Bagi anda yang ingin ke sebuah duia penuh dengan fantasi, aksi, taman tema dan roller coasters, anda boleh ke Korea.

1. Taman tema Everland

[LimitedOffer]Everland1DayTicket(QRCodeDirectEntry)
Sumber: Klook
Taman tema Everland merupakan taman tema terbesar dan paling menarik di Korea serta terdapat roller coaster kayu yang pasti buat anda teruja. Malah, taman tema ini sesuaiuntuk semua golongan tidak kira muda atau tua. Anda juga boleh melihat panda yang comel di Panda World.

everland-2
Sumber: Jom Journey

Naiki Sky Cruise untuk lihat keindahan taman tema Everland dan melihat burung-burung berterbangan serta anda akan terpegun melihat pertunjukan bunga api.

Untuk keselesaan anda, anda boleh menaiki bas shuttle yang akan membawa anda terus ke taman. Anda tidak akan sesat ke sana dan anda tidak perlu beratur lama serta masuk terus jika menggunakan e-tiket Klook.

2. Lotte World

dscn7601
Sumber: BHero

Tidak cukup dengan taman tema yang ada? Anda boleh berkunjung ke Lotte World kerana ia merupakan taman tema indoor terbesar di Korea.

Lotte-World-06
Sumber: Bhero

Lotte World merupakan taman tema yang sesuai untuk semua peringkat umur. Akan tetapi, jika anda membawa kanak-kanak adalah diingatkan bahawa terdapat limitasi ketinggian untuk menaiki permainan yang ada dan ketinggian minimum adalah 110cm dan ke atas.

3. Tiket AREX Incheon Airport Express train

7
Sumber: AREX

Anda dapat berjimat jika membeli tiket ekpress keretapi ini dan akan memudahkan perjalanan anda di sana. Malah, akan membantu anda menjimatkan masa anda.

IMG_1753
Sumber: AREX

Kenapa kami katakan begitu? Anda tidak akan berhenti di stesen lain dan keretapi ini akan pergi dari lapangan terbang Incheon ke stesen Seoul dan dari stesen Seoul ke lapangan terbang Incheon. Apabila berjaya jimat masa, anda juga dapat berkunjung ke lebih banyak tempat tarikan.

Jepun merupakan antara destinasi pilihan ramai juga. Bukan sahaja banyak dengan tempat menarik, tetapi anda juga akan dapat lihat budaya masyarakat Jepun yang berbeza.

1. Universal Studios Japan

Universal-Studios-Japan_4
Sumber: Japan Tourism

Universal Studios Japan yang terletak di Osaka adalah destinasi yang anda harus kunjungi jika ke negara matahari terbit ini. Terdapat 9 tema berbeza termasuk Harry Potter’s Wizard World, Jurassic Gardens, Water World, Minion Park, Amity Village, dan banyak lagi.

hogsmeade-universal-studios-japan-2-1100×733
Sumber: Never ending voyage

Jika anda gemar menaiki roller coaster, anda boleh cuba menaiki The Flying Dinosaur yang merupakan trek teranjang dunia dan akan membawa anda ke dunia Jurassic Park. Selain itu, anda juga boleh ke istana Harry Potter dan merasai pengalaman penuh dengan magik.

Anda boleh dapatkan tiket di Klook dan tidak perlu beratur panjang kerana dengan hanya menggunakan e-tiket boleh masuk terus. Jika anda gunakan Universal Studios Japan Express ™ Pass 4 atau Universal Studios Japan Express ™ Pass 7, anda boleh jimatkan masa menunggu untuk menaiki permainan yang ada.

2. Tiket masuk TeamLab Borderless di Tokyo

High—1280
Sumber: Business wire

Kembangkan imaginasi apabila anda melawat ke teamLab Borderless di Tokyo, sebuah dunia ekspresi artistik di luar sempadan dengan hanya melawati Mori Digital Art Museum.

14780
Sumber: teamlab

Pastikan anda membawa kamera supaya anda dapat mengambil foto pameran dan diilhamkan oleh kecantikan dan kerumitannya. Anda tidak perlu bimbang tiket masuk habis kerana anda boleh beli di Klook dan hanya menggunakan e-tiket sahaja serta scan dan anda boleh masuk. Selepas puas melihat semua pameran yang ditawarkan, nikmatilah secawan teh di Ta Tea House.

3. Sewa pakaian tradisional Kimono

kyoto-2.png
Sumber: Klook

Tidak lengkap jika anda ke Jepun tidak mencuba pakaian tradisional mereka iaitu kimono. Difahamkan bahawa pakaian tradisi ini telah bermula dari zaman Meiji lagi.

kyoto-4.png
Sumber: Era.je

Malah, anda akan bersiar-siar sambil mengenakan kimono melalui Asakusa, kawasan yang masih mengekalkan suasana Tokyo yang sangat tradisional dan pastinya tempat yang sesuai untuk anda bergambar.

Dengan Klook, anda boleh dapatkan harga yang murah daripada harga asal. Ini peluang untuk anda bergaya dengan kimono Jepun. Memang satu pengalaman tradisi yang asli.

Australia merupakan negara yang kaya dengan budaya dan kecantikannya tersendiri. Sebut sahaja Australia pasti anda sudah terbayang keindahan alam semulajadinya.

1. Phillip Island Nature Parks

bb690dea982638dab1147316e99206ed
Sumber: travelonline

Hanya 90 minit dari Melbourne, pulau hidupan liar Victoria menampilkan pemandangan pantai yang indah. Anda boleh tonton Penguin Parade semasa matahari terbenam atau mengenali Koala dengan lebih dekat di habitat semulajadi mereka.

penguins-phillip-island-nature-park_pi_r_1052997_1150x863
Sumber: The culture trip

Selain itu, anda mungkin akan terpesona dengan pemandangan laut Antartika di tebing bukit pulau.

2. Blue Mountains National Park

102811-56
Sumber: visitnsw

Terokai Blue Mountains National Park, Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan melawati taman-taman dengan berjalan kaki atau menaiki kereta api.

wallpaper-2937687
Sumber: luxury backpacking

Anda akan dihidangkan dengan pemandangan hutan hujan, juram yang curam dan Lembah Jamisan yang menakjubkan. Dengan Klook, anda akan dapat akses unlimited selama sehari.

Tipulah dalam seumur hidup anda tidak pernah terasa ingin ke Eropah. Terdapat pelbagai tempat menarik di Eropah. Kami senaraikan perkhidmatan dan tempat menarik yang anda boleh pergi di sana.

1. Eurail Global Pass

France-Eurail-Pass-France-Budget-Itinerary
Sumber: Journeybytrain

Buat anda yang mahu meneroka sisi lain Eropah, anda mungkin boleh cuba Eurail Global Pass. Anda akan dibawa ke kota-kota besar Eropah termasuk Perancis, Jerman, Itali dan Switzerland.

FEATURE-Eurail-Switzerland-1100×733
Sumber: The CEO Magazine

Apa yang lagi seronok, anda tidak perlu beratur untuk mendapatkan tiket. Cukup dengan membuat tempahan dan memilih tarikh untuk meneroka setiap sudut Eropah.

2. Louvre Museum

screen-0
Sumber: APKpure

Lawatan ke Paris dianggap tidak lengkap tanpa perjalanan ke Louvre Museum dan  ini pastinya sesuatu yang anda patut masukkan dalam ‘bucket list’ anda.

louvre-inside-big-1280×720
Sumber: Discoverwalk

Sebagai muzium terbesar di dunia dengan koleksi 35,000 karya seni yang mengagumkan melebihi 7000 tahun, tarikan ini bukan sahaja untuk pencinta seni tetapi sesiapa sahaja yang mempunyai minat dalam sejarah dan budaya Barat. Dengan Klook, anda akan diberikan keutamaan akses masuk tanpa perlu beratur untuk ke dalam muzium di sini.

3. Casa Batllo

casa_batllo_main_header_header
Sumber: Barcelona.com

Casa Batllo di Barcelona adalah lebih daripada sebuah rumah yang berwarna-warni dan karya yang dihasilkan merupakan hasil artis dan arkitek terkenal, Antoni Gaudi.

casa-batllo
Sumber: Barcelona.com

Anda akan menikmati ‘mitos seni moden’ yang dibina. Anda akan dapat melihat Barcelona pada abad ke-20 ketika Gaudi mula-mula melakukan catatan sejarah ini jika berkunjung ke sini.

Klook menjadi pilihan ramai orang kerana anda tidak perlu lagi beratur panjang hanya untuk membeli tiket dan segala pembelian anda akan disimpan dalam telefon. Bermakna anda tidak perlukan lagi tiket fizikan untuk beberapa tarikan dan scan sahaja e-ticket. Mudah bukan?

Lebih menarik kerana Klook ingin berikan anda tawaran istimewa dimana boleh dapatkan potongan bernilai RM100 untuk semua aktiviti dengan berbelanja minimum RM1,000 setiap tempahan.

Web

Jika anda berbelanja minimum RM1,500 setiap tempahan, anda boleh dapatkan potongan harga bernilai RM250 untuk semua aktiviti. Bagi pengguna baru Klook, anda layak mendapatkan potongan harga sebanyak 20%.

Adalah diingatkan bahawa kesemua promosi ini sah untuk semua aktiviti yang ditawarkan dalam Klook kecuali tiket Universal Studios Jepun, express passes, Swiss Travel Pass or Swiss Half Fare Card dan tiket JR Pass tertakluk pada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, anda boleh lihat di sini.

Klook Image 03_Road Trippin’ with Klook

Klook ni memang murah hati beri tawaran diskaun yang berbaloi khas untuk anda. Bagi yang tidak tahu, Klook adalah satu platform yang memudahkan anda untuk merancang perjalanan anda dan membeli tiket serta aktiviti-aktiviti dengan harga yang murah.

Terdapat lebih 100,000 aktiviti yang ditawarkan di hampir 350 destinasi dan anda boleh membuat tempahan di sini ataupun di aplikasi Klook. Jika tiada aplikasi Klook, anda boleh muat turun aplikasi Klook di Google Play atau App Store.

Anda tidak perlu risau, kerana dengan Klook anda boleh membeli tiket last minute dan tiket-tiket yang dijual oleh Klook boleh dipercayai. Malah, anda juga boleh membaca review pelanggan Klook sebelum ini.

Rugi kalau anda tidak merebut peluang ini kerana tawaran Klook pada kali ini cukup istimewa! Kata orang, kita kena bijak berbelanja untuk berhibur. Tawaran istimewa ini sudah tersedia bermula hari ini hingga 31 Disember 2019 ini.