Penularan wabak pandemik COVID-19 di Malaysia kelihatan sudah mula terkawal selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan telah dilaksanakan. Akan tetapi, rakyat Malaysia dikejutkan dengan beberapa kewujudan kluster baharu dimana kes jangkitan telah meningkat kini.

Umum mengetahui bahawa kes indeks Kluster PUI Sivagangga berpunca apabila seorang pemilik kedai makan yang pulang ke Malaysia dari India dan diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (Home Surveillance Order – HSO) tetapi tidak mematuhi syarat-syarat perintah berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang mengejutkan adalah kedai makan tersebut yang dipercayai Restoran Salleh Nasi Kandar di Napoh, Jitra Kedah ini tidak merekodkan kehadiran dan suhu pelanggan serta tidak menggunakan aplikasi MySejahtera menyukarkan pihak petugas di Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk mengesan kontak rapat pengunjung.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham dalam sidang media harian tadi, sebanyak 425 orang sudah disaring sehingga 12 tengahari tadi dan 21 kes dikesan positif COVID-19, 362 negatif dan 42 masih menunggu keputusan.

Tambah Datuk Dr Noor Hisham, KKM perlu mengambil iktibar daripada kes ini dan mengingatkan masyarakat supaya tidak menyimpan atau merahsiakan sebarang maklumat penting seperti sebarang kontak dengan kes-kes positif Covid-19 atau maklumat yang berkenaan daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan perkembangan kes penularan wabak COVID-19 pada pautan di bawah ini.

Langgar Kuarantin, Wanita Yang Makan Di Kedai Ini Disahkan Positif COVID-19

Keluar Makan Bersama Gelang Kuarantin, Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Risau

Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin

Sumber