Nama Kobe Bryant sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena bola keranjang. Berjaya menjadi lagenda bersama pasukan LA Lakers selepas berkhidmat selama 20 tahun serta memenangi beberapa anugerah individu telah menempatkan beliau sebagai antara pemain bola keranjang terhebat sejarah.

Terbaharu, Kobe Bryant bersama anak perempuannya, Gianna dilaporkan telah terlibat dengan insiden helikopter di California. Insiden ini dilaporkan turut meragut tujuh nyawa penumpang yang lain.

pexels-photo-888899
HYPE
Huawei Kongsi 3 Idea Temu Janji Romantis Serta Hadiah Percutian Ke Maldives
Baca lagi →

Berdasarkan laporan, helikopter Sikorsky S-76 milik Kobe Bryant yang dalam perjalanan ke Thousand Oaks ini sudah mulai terlibat dengan kebakaran sejak di atas sekaligus mengakibatkan kegagalan untuk mendarat dengan sempurna.

Insiden ini turut mendapat perhatian beberapa ahli sukan dan selebriti yang sekaligus meluahkan rasa sedih mereka diatas kepergian mendiang Kobe Bryant.

Berjaya dilabel sebagai ikon dalam NBA berjaya menempatkan Kobe Bryant sebagai antara ahli sukan yang dilamar Nike sebagai duta. Tonton video di bawah yang menampilkan Kobe Bryant bersama beberapa lagi ahli sukan yang lain.

Lihat ‘Choose Go’ Iklan Terbaru Daripada Nike Yang Awesome

Juventus Hasilkan Jersi Khas Buat Sukan Bola Keranjang

Anda Mungkin Suka