Pada minit-minit awal babak filem The Matrix (1999) lakonan Keanu Reeves telah diisi dengan barisan kod berwarna hijau yang muncul secara perlahan-lahan dan akhirnya memenuhi skrin. Dari jauh ia dilihat seperti sebuah kod komputer yang susah difahami.

Dua saudara Wachowski telah menjadikan kod komputer bewarna hijau itu sebagai opening scene dan dianggap sebagai simbol ikonik bagi filem The Matrix.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun kod berwarna hijau itu jika diteliti dengan betul, kita akan menemui tiga jenis karakter Jepun di dalamnya iaitu hiragana, katakana dan kanji. Bagi mereka yang menyangka itu adalah barisan kod komputer dengan maksud yang tersembunyi, anda sebenarnya telah tertipu.

Individu yang bertanggungjawab ke atas visual ikonik tersebut adalah Simon Whiteley, beliau adalah designer untuk filem The Matrix. Dalam satu temuramah dengan CNet pada Khamis lalu, Whiteley berkongsi rahsia ; kod misteri dalam filem The Matrix adalah resepi sushi milik isterinya.

“Saya mahu semua orang tahu bahawa kod-kod hijau dalam The Matrix sebenarnya cuma resepi sushi dalam bahasa Jepun,” kata Whiteley, yang turut bekerjasama di dalam filem Babe (1995) dan The Lego Movie (2014). “Tanpa kod-kod tersebut, The Matrix mungkin tidak pernah ada.”

Maksudnya, kod rahsia di pembukaan filem The Matrix yang selama ini disangka mempunyai makna tersembunyi sebenarnya hanyalah halaman dari buku resepi sushi.

Untuk bacaan lanjut mengenai The Matrix, klik pautan di bawah.

Matrix 4 Dan John Wick 4 Sah Bakal Ditayangkan Pada Tarikh Yang Sama

Keanu Reeves Bakal Kembali Sebagai Neo Untuk ‘Matrix 4’

Sumber