Benda pertama yang terlintas di fikiran apabila menyebut perkataan Kodak adalah filem kamera yang biasa kita gunakan dahulu untuk kamera analog. Dahulu tak macam sekarang, ambil gambar kena betul-betul sebab satu roll filem cuma boleh tangkap 36 keping gambar sahaja.

Kamera digital sememangnya memberi impak kepada Kodak dan Kodak terpaksa berubah mengikut peredaran masa Setelah berjaya bangkit dari bankrap pada tahun 2013, tanpa dijangka Kodak kini turut memasuki pasaran telefon pintar dengan Kodak Ektra.

Kodak dengan kerjasama Bullitt Group berharap Kodak Ektra ini mampu memberi saingan kepada jenama-jenama smartphone sedia ada dengan kemampuan kamera Kodak Ektra ini. Pertama kali saya melihat telefon pintar ini, mengingatkan saya kepada Samsung Galaxy Kamera. Konsepnya lebih kurang sama cuma Kodak Ektra adalah sebuah telefon pintar.

Hebatkah kamera Kodak Ektra ini? Disebabkan ianya memang direka untuk jurugambar menggunakannya secara on the go, Kodak Ektra dilengkapi kamera belakang 21-megapixel f2.0 aperture dan kamera depan 13-megapixel f2.2 aperture. Jadi kamera depan dan belakang Kodak Ektra memang mengancam!

Finishing telefon ini tidak ubah seperti kamera Kodak vintaj. Anda mungkin akan berasa sedikit kekok untuk menggunakan telefon ini kerana saiz kameranya yang sangat besar dan agak tebal. Anda boleh menangkap gambar secara automatik atau secara manual untuk mengubah exposure, ISO, fokus, white balance dan shutter speed.

Aplikasi SNAPSEED adalah editing software khas yang terdapat dalam Kodak Ektra ini. Kalau anda mahukan gambar-gambar dengan efek vintaj yang cantik, edit sahaja menggunakan SNAPSEED ini. Telefon pintar ini akan hadir dengan sistem Android 6.0 (Marshmellow), processor 3GP RAM Helio X20 2.3GHz Decacore dan akan dijual pada harga 449 pound (lebih kurang RM2,300).

Buat masa ini, telefon ini adalah eksklusif untuk pasaran Eropah sahaja dan akan mula dipasarkan akhir tahun ini. CNN sudah membuat review tentang keupayaan telefon pintar ini dan CNN sukakannya! Anda boleh lihat video review dan gambar lanjut Kodak Ektra ini di bawah. Sungguh classy cool dan awesome Kodak Ektra ini.

kodak-ektra-smartphone-photography-17-5814c79e6980e__880

kodak-ektra-smartphone-photography-2-5814c5586b827__880

kodak-ektra-smartphone-photography-3-5814c5606867a__880

kodak-ektra-smartphone-photography-5-5814c58349d1e__880

kodak-ektra-smartphone-photography-7-5814c5a751943__880

kodak-ektra-smartphone-photography-8-5814c5d2352de__880

kodak-ektra-smartphone-photography-9-5814c5ebd61ad__880

kodak-ektra-smartphone-photography-12-5814c610a3141__880

kodak-ektra-smartphone-photography-13-5814c62572214__880

kodak-ektra-smartphone-photography-5814cc270442a__880

Sumber