Sejak mula dilancarkan, Koenigsegg Jesko sudah berjaya membuatkan orang terpegun dengan kehebatan enjin jentera dari Sweden ini. Terbaru, Koenigsegg tampil dengan Jesko versi Red Cherry dimana model ini diberi kemasan luaran serta hadir dengan warna merah terang.

Dari segi prestasi enjin, Koenigsegg Jesko dimuatkan dengan enjin V8 5.0 liter twin-turbo dengan keupayaan 1,600 kuasa kuda dan 1,500 Nm tork. Melihat kepda spesifikasi enjin ini tidak hairanlah model ini dibandingkan dengan kepantasan kereta api pantas dari Jepun dimana Koenigsegg Jesko mampu memecut sepantas 482km/h.

596736

koenigsegg-jesko-cherry-red-edition_100704273

koenigsegg-jesko-red-cherry-edition

dbbd6fe2-koenigsegg-jesko-red-cherry-edition-14

Menerusi model edisi terhad ini, bakal pengguna bakal menerima Koenigsegg Jesko dengan kemasan warna merah serta beberapa aksesori luaran dengan penggunaan material carbon fibre.

Sesuai dengan enjinnya yang berkuasa tinggi, Koenigsegg Jesko bakal ditawarkan dengan harga €2,35 juta (RM11 juta). Walaubagaimanapun, bagi model edisi terhad ini cuma 125 unit bakal ditawarkan. Agak menarik untuk menyaksikan selebriti manakah antara yang bertuah untuk mendapatkan model hypercar ini.

Sumber