Kali ini aku akan berkongsikan tentang satu tempat yang agak diminati oleh ramai orang lelaki iaitu Jeans Street.

Kojima Jeans Street ini terletak di daerah Okayama lebih kurang 2 jam lebih perjalanan dari Osaka. Bagi peminat denim, perjalanan ke sini amatlah berbaloi kerana anda dapat melihat sendiri koleksi denim yang agak ‘rare’ dan susah untuk didapati di mana-mana tempat di Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

jeans-street-di-jepun-5

jeans-street-di-jepun-4

jeans-street-di-jepun-14

jeans-street-di-jepun-16

Kojima Jeans Street merupakan syurga buat peminat denim dari seluruh dunia bagi melawat dan juga membeli-belah pelbagai jenis koleksi Jeans yang dibuat di Jepun. Bukan jeans sahaja yang dijual malahan kain denim, rivet, pai dan sebagainya turut dijual disini.

Di Kojima Jeans Street ini terdapat lebih dari 30 kedai yang menjual pebagai jenis demin yang berkualiti tinggi di mana ianya dibuat dari Jepun seperti Momontaro, Pure Blue, Kojima Genes dan sebagainya. Pernah dengar tentang seluar jeans yang keras sehingga boleh berdiri? Ya. Ianya ada di sini juga.

jeans-street-di-jepun-10

jeans-street-di-jepun-11

jeans-street-di-jepun-12

Seperti yang diketahui umum, denim di Jepun sangat berkualiti tinggi hingga boleh diletakkan sama level dengan denim buatan USA.

Keunikan lain selain daripada kedai-kedai denim di sini adalah cara orang Jepun membuat hiasan jalanan dengan menggunakan denim. Tiba saja di stesen Kojima, anda akan disajikan dengan pelbagai gambar jeans membuatkan ianya unik.

jeans-street-di-jepun-21

jeans-street-di-jepun-19

jeans-street-di-jepun-3

Dan bila keluar sahaja dari stesen keretapi, anda akan dapat melihat seluar jeans bergantungan di atas seperti menyambut kedatangan anda ke sana.

Di lorong-lorong Kojima Jeans juga kelihatan beberapa jeans terkemuka Made in Japan digantung sebagai tanda kebanggaan mereka menghasilkan jenama denim yang digilai ramai penduduk dunia.

jeans-street-di-jepun-1
Mercu tanda Kojima Jeans Street — at KojimaJeansStreet(児島ジーンズストリート).
jeans-street-di-jepun-2
Roots of Kojima Japanese Jeans.

Bagi peminat denim, ini merupakan syurga bagi anda. Aku amat syorkan datang ke sini bagi mencari denim yang anda minati dari Jepun. Nak cari barang ‘rare’ kena pergi tempat ‘rare’.

jeans-street-di-jepun-13

jeans-street-di-jepun-6

jeans-street-di-jepun-7

jeans-street-di-jepun-8

jeans-street-di-jepun-9

Baca lagi: Backpacker Dedah Lubuk Barang ‘Pre-Love’ Dan Lokasi Pakai Kimono Percuma Di Jepun