Memandangkn tiada lagi tulisan berkenaan japan jeans di Jepun, maka saya nak cerita sikit tentang Kojima Jeans Street yang baru sahaja dua hari lepas saya pergi. Semoga tulisan ni dapat bantu sesiapa peminat / Japanese Denim Heads yang ingin ke sini nanti.

TRANSPORTATION

kojima 2

Kami stay dekat Vitti Lodge & Family Apartment di Namba, so perjalanan kami bermula dari subway Daikokucho Subway Station (Meidosuji line) ke Shin-Osaka Station. Tujuan kami ke sana sebab kami ada ambil Kansai Hiroshima pass, jadi dapat naik shinkansen ke Okayama Station sebelum bertukar ke train lain ke Kojima Station. Total perjalanan keretapi tidak termasuk jalan kaki 1 jam 20 minit. Tapi ini hanya applicable jika anda duduk dan follow step diatas sahaja.

Perjalanan dari Okayama ke Kojima best, kiri kanan nampak sawah menghijau, yang kagumnya style macam area kampung tapi rumah sebijik besar-besar. Kaya rupanya orang kampung Jepun ni. 😀

KOJIMA STATION

Sampai di Kojima Station memang korang akan nampak dedikasinya mereka dengan jeans ni. Merata-rata gambar jeans, jeans digantung untuk hiasan jalan, vending machine pun corak jeans, jalan raya di tar dengan japan blue jeans dan line tepi seolah corak selvedge / kepala kain. Memang menarik.

KOJIMA JEANS STREET

Kojima 1

Dari Kojima Station korang boleh sama ada naik teksi (500yen), bas atau pun just jalan kaki sebab dalam 1.2km sahaja dari station. Kalau jalan kaki boleh lalu tepi tali air dia, even air macam gelap tapi still boleh nampak ikan besar-besar lengan berenang.

Di Kojima jeans street ada lebih 30 kedai jeans, antara yang famous ialah Big John, Japan Blue, Momotaro, Kamikaze attack, Pure Blue, kojima market place dan pelbagai lagi.

kojima 4

Setiap kedai memang berbaloi untunk singgah, ada juga yang buat sale dan jeans boleh didapati pada harga 3000 yen (lebih kurang RM120 ke lebih 20k yen (lebih kurang RM780). Ada juga yang jual lebihan kain dalam saiz 1 meter pada harga 1000 yen. Kalau yang pandai boleh lah buat jeans sendiri ke dari kain itu nanti.

Masa di Big John menarik jugak, sebab siap boleh buat custom jeans. Tak silap harganya 7,000 yen. Siap boleh custom patch, kain, corak dan banyak lagi. Jika sampai sini mesti kena singgah Momotaro Jeans. Kedai dia eksklusif gila. kedai daripada rumah lama orang jepun dengan lantai kayu yang berderap-derap masa jalan buat kita rasa dekat jeans Momotaro ini dengan tradisi orang Jepun.

Kojima 5
Momotaro Jeans
kojima 3
Big John Denim

Sedikit sejarah, tak patut rasanya jika kita tak tahu kenapa famousnya Okayama dan Kojima ini dengan jeans. Asalnya Kojima ni dari dulu terkenal dengan industri cotton / kapas. Memang diaorang buat kain, tapi sejak orang dah guna kain sintetik industri ni pun dah tak laku sampai la World War II di mana askar US bawa seluar jeans yang dibuat dari cotton. Jadi mereka nampak peluang. Sejak itu penduduk di sini fokus dekat jeans, dan pengusaha jeans ini semua berkumpul dekat Kojima street ini untuk menjual jeans. Takk ada pun sifat iri hati aku dah lama meniaga sini engkau kenapa nak jual jeans juga.

Itulah serba sedikit cerita jeans Okayama dan Kojima ini. Bukan sahaja saya nak kongsi perihal Japan jeans tapi beberapa nilai yang patut kita belajar. Semoga bermanfaat pada semua.