Dua jenama terkenal dari Jepun G-SHOCK dan Asics sekali lagi bakal bergabung untuk mengeluarkan koleksi edisi terhad pek Asics Gel-Mai yang didatangkan rekaan case yang sangat premium.

Rekaan edisi terhad ini didatangkan dengan dua warna iaitu warna puith dan hitam. Model kasut ini menggunakan fabrik kain knitted pada bahagian atas manakala tulisan penjenamaan hasil kolaborasi ini disertakan pada bahagian lidah kasut. Kepada yang membeli kasut ini, anda akan menerima seutas jam tangan G-SHOCK model GBA-800AT-1AER.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepada pengumpul jam G-SHOCK anda boleh mendapatkan kolaborasi G-SHOCK x ASISCS GEL-Mai ini pada 30 Jun ini di laman web 43 Einhalb’s. Dikatakan kolaborasi ini hanya dikeluarkan sebanyak 24 unit sahaja.

G- Shock x Asics 3

G- Shock x Asics 4

G- Shock x Asics 5

G- Shock x Asics 6