Peminat setia dUCk pastinya sudah mengetahui mengenai kolaborasi dengan Disney dan semestinya sudah tidak sabar lagi untuk memiliki koleksi berkenaan. Peminat akhirnya boleh mendapatkan edisi kolaborasi tersebut hari ini.

Kolaborasi kali ini bukan sahaja akan menampilkan tudung bahkan juga aksesori seperti pouch dan alat tulis seperti buku nota. Pembeli boleh memilih dua warna pouch iaitu biru dan merah jambu dan buku nota boleh didapati dengan 3 variasi warna lembut iaitu biru, hijau dan merah jambu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Manakala tudung didatangkan dalam rekaan tudung bawal dan selendang dengan 4 warna berbeza iaitu ‘Ta-da’, ‘Oh, boy!’, ‘Aww, gee!’ dan ‘Cheers!’. Koleksi ini boleh didapati di cawangan Pavilion KL bermula jam 10 pagi tadi hingga 8 malam ini dan masih belum ditawarkan di atas talian.

Pembeli juga boleh mendapatkan koleksi ini di cawangan Haji Lane di Singapura, Fashion Valet Bangsar, Fashion Valet Publika dan Fashion Valet IOI City Mall Putrajaya.