Lebih 100 artis – separuh daripadanya bakat tempatan bakal melihat karya mereka dipamerkan di peringkat global menerusi kolaborasi antara Free Malaysia Today (FMT) dan Mart Expo Globe Sdn Bhd.

Lebih 500 karya lukisan, kaligrafi dan pelbagai bentuk seni lain akan dipamerkan secara fizikal dan dalam talian. Karya artis yang terlibat juga akan ditempa menjadi non-fungible token (NFT) untuk pasaran digital global.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pameran ini dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri. Turut hadir ialah ketua setiausaha kementerian, Saraya Arbi selain duta dan diplomat dari Argentina, Azerbaijan, Belgium, Croatia, Cuba, Belanda, Namibia, Senegal, Kuwait, Iran, Ghana dan Tajikistan.

Acara itu turut melihat pelancaran program FMT Accelerator yang menyasarkan pelaburan dalam syarikat pemula dan artis di rantau ini yang menunjukkan potensi hebat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri melihat salah satu karya seni yang dipamerkan sambil diperhatikan pengasas Mart Expo, Mohsen Golshiri. Kredit gambar: FMT

Pengasas Mart Expo Mohsen Golshiri menyifatkan program FMT Accelerator sebagai peluang yang mengujakan. “Artis memainkan peranan penting dalam masyarakat kita dan disebabkan itulah kita sentiasa dapat menghitung kejayaan sesebuah tamadun berdasarkan layanan terhadap golongan artisnya.

“Di Mart Expo, kami mengenal pasti dan mempromosikan artis terpilih dari pelbagai latar belakang budaya. Kami menjadikan seni sesuatu yang mudah untuk didekati setiap lapisan masyarakat dengan memaparkan bakat ribuan artis di platform kami,” katanya.

Nancy dalam ucapannya memuji inisiatif itu sebagai satu cara untuk mempromosikan pelancongan menerusi seni. “Kesan wabak Covid-19 menyebabkan artis kehilangan platform mahupun khalayak untuk membolehkan mereka berkarya,” katanya dengan menambah bahawa kolaborasi itu mampu menyediakan platform penting buat golongan artis.

“Kami mengalu-alukan inisiatif bagi mempromosikan pelancongan menggunakan seni, yang dapat menjadi cara meraih wang dengan lebih menyeluruh dan baik, termasuk mempromosikan seni di peringkat global sebagai pasaran eksport.

“Kami juga teruja melihat bagaimana teknologi baharu seperti NFT dapat digunakan untuk mencungkil potensi dalam industri seni,” katanya.

FMT dan Mart Expo menjemput anda untuk menyertai mereka dalam pengembaraan menemui artis, menikmati hasil karya mereka selain memahami dengan lebih lanjut mengenai dunia seni serta NFT.

Kunjungi halaman Instagram Mart Expo Globe dan tinggalkan komen di hantaran Art & Society Campaign untuk berhubung dengan artis dan peminat seni dari seluruh dunia.

Berikut adalah beberapa artikel lain berkaitan dunia seni. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pasangan Suami Isteri Bawa Pulang RM10,000 Selepas ‘Infinity Bench’ Jadi Pilihan MRT Corp

Dibina Guna Pokok Berusia 300 Tahun, Lihat Reka Bentuk Surau Di Terengganu Yang Klasik Dan Unik

IKEA Silap Cetak Beg, Kata ‘Alamak’ Dan Jadikannya Beg Edisi Khas