Selepas berkolaborasi bersama adidas tahun ini, jenama Jepun Hender Scheme menutup tirai tahun 2017 dengan mempamerkan kolaborasi bersama G-Shock. Hender Scheme yang terkenal dengan rekaan kasut minimalis memilih model klasik DW-5600HS-4JF untuk kolaborasi ini.

Permukaan jam tangan ini dibiarkan kosong selari dengan prinsip jenama ini yang minimalis. Paling menarik tentang jam tangan ini adalah strap yang digunakan untuk jam ini. Ianya diperbuat daripada kulit vegetable-tanned yang berkualiti tinggi. Warna strap ni juga akan menjadi lebih cantik semakin lama anda memakainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya akan dijual secara rsmi pada 3 Januari tahun hadapan dan boleh dibeli secara atas talian di sini. Kalau anda sedang mencari jam G-Shock baharu untuk dipakai tahun hadapan, cuba dapatkan jam tangan ini.

gshock1

gshock2

gshock3