Selepas kolaborasi bersama Dickies dan BAPE pada tahun ini, adidas pula berminat untuk menghasilkan koleksi bersama Dragon Ball Z untuk tahun hadapan.

Lebih menarik 7 pasang kasut akan direka sempena 7 mutiara naga yang ada dalam komik Dragon Ball Z ini. Tiada maklumat lanjut tentang kolaborasi ini dan khabarnya, setiap pasang kasut akan didatangkan dengan mutiara naga edisi khas dan setiap bintang akan mewakili model yang berlainan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya nyata berita gembira buat peminat OG komik Mutiara Naga. Kasut ini dijangka akan berada di pasaran sekitar bulan September 2018. Selepas kasut adidas Kamanda, kini kasut kolaborasi bersama Dragon Ball Z pula.

2018 nampaknya akan jadi tahun yang baik untuk adidas. Model adidas yang mana anda mahu lihat berada dalam koleksi ini?