Eric Haze kembali untuk kolaborasi baharu dan kali ini memilih model GA700EH-1A. Jam ini seperti biasa akan mempunyai logo khas HAZE di hadapan. Kalau kolaborasi Haze sebelum ini memilih warna putih, Haze memilih warna hitam pula untuk kolaborasi terbaru ini.

Sebelum ini, Haze turut berkolaborasi untuk model ulang tahun G-Shock ke-25 dan ke-30 menjadikan model Haze antara yang dicari peminat setia G-Shock. Ini merupakan kolaborasi ke-7 Eric Haze bersama G-Shock.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahagian tali jam ini akan mempamerkan corak brushstroke serta tulisan tahun 2017. “Ini adalah corak lukisan saya yang banyak saya guna dalam masa 5 tahun ini. Dengan kerjasama lebih 20 tahun dengan G-Shock ini, saya yakin peminat saya akan menyukai direction terbaru projek saya bersama G-Shock ini,” kata Haze.

Seperti biasa, fungsi hebat jam G-Shock seperti lampu illuminator LED, bateri tahan selama 5 tahun, 200M tahan tekanan air, 31 masa dunia (48 bandar +UTC), 1/100th second stopwatch, 1/10th countdown timerdan banyak lagi.

Jam edisi khas ini akan dijual pada harga USD140 (lebih kurang RM592) pada 1 October depan di butik G-Shock terpilih seluruh dunia. Harap-harap adalah beberapa unit yang masuk ke Malaysia. Anda juga boleh dapatkannya di gshock.com. Selamat mencuba.

haze 2