BAPE dan Levi’s mendedahkan peminat mereka dengan satu godaan baharu apabila mengumumkan kolaborasi bersama dua jenama besar di arena streetwear dunia.

Dengan mengeluarkan teaser yang simple – logo BAPE x Levi’s – tetapi mengujakan di laman Instagram, pandangan semua terhala kepada hasil yang bakal mereka keluarkan untuk kolaborasi pertama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seolah menggoda, BAPE dan Levi’s akhir membentangkan hasil kerja pertama mereka dengan Levi’s.

Reka bentuk baharu jaket Levi’s Type III Trucker yang dihasilkan pada 1967 mendapat sentuhan segar dengan beberapa modifikasi tambahan dan dinamakan. Pakaian ikonik ini telah dikemaskan dengan meletakkan satu zip di tengah bagi menghubungkan dengan jaket yang lain.

bape-a-bathing-ape-levis-type-iii-trucker-jacket-capsule-release-info-2

Keluaran pertama di antara BAPE x Levi’s ini adalah antara yang dinanti-nantikan oleh penggemar streetwear denim dunia.

Jaket yang dibuat khas untuk musim panas dan bagi penggemar fesyen gayakan sewaktu bercuti ini telah memaparkan lambang rasmi Levi’s di sebelah kiri poket dan manakala di dalam telah dilukiskan semula reka bentu rasmi BAPE.

bape-a-bathing-ape-levis-type-iii-trucker-jacket-capsule-release-info-8

Bagi reka bentuk kedua yang berwarna hitam, disalutkan satu reka bentuk khas didalamnya dengan jalur hitam, putih, merah dan hijau yang mewakili bendera Emiriah Arab Bersatu.

Bukan itu sahaja, kolaborasi ini turut hadir dengan satu reka bentuk t-shirt berwarna coklat cerah sambil tersemat di sebelah kiri dada logo rasmi BAPE x Levi’s.

Jika anda berminat untuk mendapatkan jaket edisi terhad di antara Levi’s x BAPE Split Trucker Jacket dan t-shirt eksklusif melalui Sole DXB antara 5-7 Disember.

Ini bukanlah kali pertama jenama besar berkerjasama untuk mencipta rekaan edisi terhad. Di bawah adalah rekaan hasil kerjasama Adidas dan Prada. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Prada Dan adidas Bentangkan Hasil Pertama Koleksi Edisi Terhad

adidas Originals Bekerjasama Dengan Alexander Wang Untuk Model ‘Run Clean’

Sumber