Model G-Shock versi logam pertama Casio akan berada di pasaran bulan ini. Belum pun dua model ini keluar, G-Shock mengumumkan pula kolaborasi bersama jenama beg terkenal, Porter untuk satu koleksi khas.

Model GMW-B5000 ini akan hadir dengan band logam dengan pemilihan warna yang menarik, gunmetal. Koleksi ini juga akan hadir dengan set beg nylon khas daripada PORTER. Koleksi ini juga adalah sebahagian daripada koleksi ulang tahun ke-35 G-Shock.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jam ini akan berada di pasaran pada 27 April ini di butik Porter di Jepun. Buat masa ini, dijangka harga untuk jam tangan G-Shock x PORTER ini adalah USD1,200 (RM4,757+-) dan dikhabarkan limited kepada 500 unit sahaja. Jam yang menawan begitu juga dengan harganya.

gporter1

gporter2

gporter3