Buat peminat setia jenama logo kuda ini, Ralph Lauren berkolaborasi dengan butik Ron Herman untuk koleksi khas dan berwarna-warni untuk musim bunga/panas 2018.

Koleksi ini akan hadir dengan koleksi baju-t, seluar pendek dan topi yang akan hadir dengan 20 warna. Warna-warna vibrant yang ditawarkan ternyata sangat menarik dan pastinya akan cantik apabila dipakai untuk tujuan bergambar.

Tidak pasti sama ada koleksi ini akan masuk ke pasaran Malaysia atau pun tidak tetapi anda boleh membuat membeli koleksi ini secara atas talian di sini bermula bulan April nanti. Topi Ralph Lauren x Ron Herman ini pasti laku keras dan pastinya ada yang akan kumpul kesemua 20 warna ini. Mana satu pilihan warna kegemaran anda?

polo 1

polo 2

polo 3

polo 4

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤