Kolaborasi antara dua syarikat besar yang terkenal di mata dunia sememangnya menjadi fenomena dan dinanti-nantikan oleh pengguna, tetapi lain pula yang terjadi kepada kolaborasi Samsung dan Supreme Italia. Umum mengetahui Supreme Italia ialah satu jenama yang menjual barangan Supreme palsu dan telah menerima kecaman daripada orang ramai.

Semalam Samsung telah mengeluarkan kenyataan pembatalan kerjasama dengan Supreme Italia yang diumumkan pada 10 Disember tahun lalu bersempena dengan pelancaran Samsung A8 di China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Gadgetmatch

Baca lagi: Supreme Palsu Sahkan Pengumuman Kolaborasi Bersama Samsung

Menerusi liputan Engadget mendapati media tempatan menyebut kolaborasi ini sememangnya telah menjadi kontrovesi semenjak pengumuman kolaborasi dibuat. Pengurus Pemasaran Digital Samsung China, Leo Lau sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan kolaborasi tersebut adalah bersama jenama palsu dan bukannya Supreme NYC.

Sumber: Business Insider Singapore

Sehingga kini Supreme NYC tidak mempunyai sebarang kelulusan untuk membuka cawangan di China. Tiadalah harapan buat pengguna untuk memiliki telefon pintar edisi khas SamsungxSupreme.

Sumber