Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Wolves’ kini tampil sekali lagi dalam dunia fesyen apabila beliau berjaya menghasilkan sneaker dengan kerjasama PUMA. Sneaker edisi ini yang dikenali sebagai Phenom Lux bakal menemui peminat dengan ciri leather putih dengan perincian warna emas, rantai kaki yang boleh ditanggalkan dan mempunyai ignite foam.

phenomlux

Sneaker yang digayakan dengan stokin yang dikeluarkan dalam edisi yang sama sekaligus membuatkan si pemakai tampak lebih cool. Selena akan tampil menggayakan sneaker tersebut bagi menggantikan kasut tumit tinggi dan akan dipadankan dengan dress pada acara gala Lupus Research Alliance November nanti.

Pihak PUMA juga berjanji untuk menyumbangkan $100,000 kepada badan tersebut dalam usaha untuk menjalankan kajian mengenai penawar penyakit yang menyerang penyanyi itu. Pada September tahun lepas, Selena disahkan mengalami Lupus iaitu penyakit kronik ‘autoimmune’ yang menyebabkan antibodi bertindakbalas dengan tisu badan pesakit itu sendiri.

Phenom Lux bakal mula dijual pada 6 April depan di PUMA Store. Jangan lupa set tarikh tersebut sebelum edisi ini habis menjadi rebutan ramai.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤