Peminat drama original Netflix sudah tidak asing lagi dengan siri yang diminati ramai terutamanya golongan muda, Stranger Things. Khabar angin yang beredar sekitar bulan lepas mengenai pelancaran barangan kolaborasi khas siri ini bukan lagi sekadar khabar angin.

Nike baharu sahaja berkongsi gambar produk edisi terhad kolaborasi bersama drama popular Netflix ini yang dijangkakan bakal menemui peminat pada 27 Jun ini. Kolaborasi edisi terhad ini akan hadir dalam model Cortex, Blazer dan Tailwind yang boleh dipilih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1

2

3

Selain itu, ‘Stranger Things x Nike’ juga akan menampilkan beberapa koleksi pakaian termasuklah hoodie, T-Shirt dan topi. Ini pastinya model yang bakal menjadi rebutan ramai. Jika anda peminat setia siri ini, siap sedia. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Nike.

4

5

Sumber