Peminat anime Jepun pasti sangat kenal dengan Akira, anime yang ditayangkan buat pertama kali pada tahun 1988. Anime yang berlatarkan bandar cyberpunk ini sememangnnya mempunyai peminat setia yang tersendiri di seluruh dunia.

Pengasas Akira, Katsuhiro Otomo dalam satu temubual menolak banyak projek kolaborasi sebelum ini. Namun apabila munculnya kereta Fiat 500 dengan logo Supreme dan Akira, khabar angin bertiup kencang yang mengatakan Supreme akan membuat kolaborasi khas bersama Akira.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nampaknya ia bukannya khabar angin lagi kerana Supreme akan melancarkan koleksi Supreme X Akira ini minggu ini. Paling menarik perhatian dalam koleksi ini adalah baju fishtail parka dan overall yang jarang dihasilkan oleh Supreme.

Dikhabarkan pihak produksi Hollywood juga berminat untuk menjadikan kartun ini kepada filem sama seperti anime Ghost In The Shells lakonan Scarlett Johansson awal tahun ini. Semestinya koleksi Supreme X Akira ini akan sold out seperti biasa di semua butik Supreme dan koleksi ini akan mula dilancarkan di Amerika Syarikat dan Eropah pada 2 November.

Jepun pula pada hari Sabtu 4 November. Yang sedang ada di Jepun, bolehlah mula berkira-kira untuk beratur jika mahu mendapatkan koleksi ini. Kami pasti peminat di Jepun lebih menghargai kolaborasi ini.

BACA: 8 Tip Untuk Membeli Barangan Laku Keras ‘Supreme’ Di Negara Jepun

sup 4

sup 5

sup 6

sup 7

sup 8

sup 9

sup 10

sup3