January 5, 2017 2:37 PM

Apa akan terjadi apabila jenama heavyweight dunia fesyen, Louis Vuitton dan jenama streetwear terkenal Supreme bergabung? Semestinya koleksi ini akan meletup!

Tiada kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak tetapi khabar angin kian bertiup kencang apabila beberapa ‘hint’ telah dikeluarkan sendiri oleh artistic director Louis Vuitton, Kim Jones. Beliau memuatnaik di Instagram (dan kemudiannya delete kembali gambar berkenaan) beberapa keping gambar stiker kemungkinan besar dari kolaborasi antara LV dan Supreme. Dan nasib baik ada yang sempat screenshot imeh itu sebelum Kim Jones buang gambar berkenaan.

Berbalik pada tahun 2000, Supreme pernah mengeluarkan satu koleksi menggunakan monogram rasmi Louis Vuitton. Pada ketika itu, LV tidak gembira dengan koleksi berkenaan. Satu saman telah dikeluarkan yang menyebabkan jenama berkenaan perlu menarik kembali kesemua koleksi ‘LV’ berkenaan dalam masa dua minggu.

17 tahun sejak kejadian itu, nampaknya kedua-dua jenama mungkin telah berbaik dan ingin mengeluarkan koleksi bersama secara rasmi. Seorang model yang sedang menjalani casting untuk jenama LV sempat merakam gambar satu baju tebal sample jenama Supreme di pejabat LV.

Koleksi ‘illegal’ Supreme circa 2000

Berkemungkinan besar kolaborasi ini akan muncul bila-bila masa sahaja tahun ini. Jika harga resell untuk barangan Supreme pun sudah menggila, inikan pula kolaborasi dengan Louis Vuitton. Jangan terkejut jika ada barangan dalam koleksi kolaborasi ini nanti boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit. To all Hypebeasts, masa untuk menabung!

BACA : Bata Jenama Supreme Ini Kini Dijual Pada Harga USD1,000