Selepas kolaborasi bersama jenama mewah Louis Vuitton berjaya dan sold out di seluruh dunia, nampaknya Supreme tidak mahu berhenti setakat itu sahaja.

Dilaporkan kolaborasi khas antara Supreme dan jenama jam tangan terkenal dunia, Rolex akan berlaku tahun hadapan. Ianya bukan setakat jam tangan, tetapi set pakaian juga turut akan dihasilkan. Saya sudah terbayangkan rekaan baju dengan logo Rolex dan tulisan Supreme menggunakan font Rolex dihasilkan nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini bukanlah kali pertama Supreme membuat kolaborasi dengan Rolex. Pada tahun 2013, Supreme menghasilkan hanya 20 utas Rolex Submariner (edisi rakan dan keluarga) dengan engraving Supreme di bahagian belakang. Ianya dikatakan dijual sekitar USD10,000 – USD12,000 dan khabarnya jam tangan dari koleksi khas ini kini bernilai sekitar USD50,000 (RM203,650+-)!

sup rolex 2
Rolex Submariner x Supreme ‘F*CK EM’ (Friends and family)

Jika kolaborasi ini benar-benar berlaku, pastinya pengumpul setia jam tangan Rolex tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan jam tangan ini. Jika harga Rolex Submariner biasa pun sudah bernilai lebih kurang RM43,000, berapakah pula harga jam tangan Rolex x Supreme ini nanti? Tidak lari harga sebuah kereta Myvi Generasi Baru. Buat reseller, sudah boleh bersedia kumpul wang atau keluarkan wang KWSP untuk melabur pada jam tangan ini.