Artis terkemuka yang sangat dikenali dalam dunia streetwear, Brian Donnelly atau lebih popular dengan nama KAWS sememangnya artis yang sedang hot ketika ini. Beliau baharu sahaja selesai menghasilkan koleksi edisi khas bersama jenama fesyen Dior. Baju t-shirt untuk koleksi Dior x KAWS ini sahaja sudah berharga USD599 (~RM2,475)!

Sebelum ini, KAWS juga tidak terlepas menghasilkan rekaan kolaborasi bersama jenama streetwear terkemuka lain antaranya A Bathing Ape, Undercover, Medicom Toy, Supreme, Nike, CDG dan ramai lagi. Karya seni KAWS sentiasa menjadi rebutan peminat streetwear di seluruh dunia.

KAWS telah kembali dengan koleksi kolaborasi bersama Uniqlo semalam (3 Jun 2019). Koleksi ini juga merupakan kolaborasi yang ketiga (dan terakhir) antara KAWS dan Uniqlo. Rekaan koleksi kali ini nampaknya lebih epik dan bakal jadi rebutan kerana akan menampilkan beberapa rekaan ikonik ‘KAWS Companion’.

KAWSxUniqloUT:VCKT

KAWSxUniqloUT:VCKT3

KAWSxUniqloUT:VCKT6

KAWSxUniqloUT:VCKT7

KAWSxUniqloUT:VCKT10

KAWSxUniqloUT:VCKT4

KAWSxUniqloUT:VCKT21

KAWSxUniqloUT:VCKT20

KAWSxUniqloUT:VCKT22

Uni Kaws 1

Uniq 1

uniq 2

uniq 3

uniq 4

https://www.instagram.com/p/Bx6-6PKlCGI/

Dari segi kualiti baju, tidak dinafikan baju daripada Uniqlo sangat berkualiti dan selesa untuk dipakai bila-bila masa sahaja. Selain baju t-shirt, beg tote dengan rekaan grafik ‘KAWS Companion’ turut akan hadir bersama koleksi ini.

Koleksi KAWS x Uniqlo ini telah berada di pasaran pada 3 Jun 2019 dan anda boleh membelinya di butik Uniqlo seluruh Malaysia atau menerusi aplikasi Uniqlo. Baju ini akan dijual pada harga RM59.90. Beli dan pakai untuk beraya pun tiada masalah. Barulah bergaya.